suria

Bapa terpaksa jual dua anak untuk beli makanan buat anak-anak yang lain.

Orang ramai cuba untuk memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afganistan pada Ogos lalu. (Reuters)

SEORANG bapa di Afghanistan mengaku menjual anak perempuannya yang berusia sembilan tahun, Parwana Malik, kepada seorang lelaki pada harga $2,200 untuk membeli makanan buat isteri dan anak-anaknya yang lain.

Keluarga itu tinggal di wilayah barat laut Afghanistan selama bertahun-tahun lamanya dan mereka menghadapi kesukaran untuk membeli keperluan asas seperti makanan.

Mereka dikatakan memperoleh hanya beberapa dolar sehari.

Beberapa bulan lalu, bapa Parwana dikatakan menjual kakaknya yang berusia 12 tahun untuk menampung kehidupan.

Keluarga ini terpaksa menjual seorang lagi anak mereka untuk membeli makanan.

Ibu bapa Parwana menjual kakaknya kepada seorang lelaki berusia 55 tahun dengan harga $2,200.

Bapa Parwana, Abdul dan isterinya cuba untuk meminjam wang daripada saudara-mara dan mengemis di jalanan tetapi tidak mendapat wang yang cukupi.

"Kami ada lapan ahli keluarga.

"Saya terpaksa menjual (anak-anaknya) untuk memastikan ahli keluarga lain hidup," katanya.

Afghanistan kini menuju ke arah " kemiskinan sejagat " selepas negara itu diambil alih Taliban, menurut unjuran agensi pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam tempoh setahun, kadar kemiskinan di Afghanistan akan berada pada tahap 97 atau 98 peratus, kata Kanni Wignaraja, Pengarah Asia-Pasifik UNDP. - Business Insider.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Afganistan, jual, anak, perempuan, dolar, taliban

Artikel Lain