SIARAN langsung Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, "terganggu" seketika oleh anaknya perempuannya yang sudah melepasi waktu tidurnya. Ardern sedang mengadakan siaran langsung untuk membincangkan mengenai perubahan sekatan pada sistem kesihatan awam negara apabila dia diganggu oleh anak perempuannya Neve. Perdana menteri tersebut pada mulanya kelihatan terganggu oleh sesuatu disebalik kamera, sebelum kedengaran suara samar-samar memanggil, "Mummy?" "Awak sepatutnya berada di atas katil," soal Ardern kepada anaknya. "Ini waktu tidur sayang - sambung tidur dan saya akan datang dan jumpa awak sebentar lagi," katanya. "Maaf semua," kata Ardern kepada penontonnya. "Itu adalah kegagalan untuk menidurkan (anak-anak), bukan?" - StoryfulDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI