SEORANG wanita bangga menunjukkan bulu ketiaknya di media sosial, dalam usahanya untuk menamatkan stigma itu. Menerusi siri video di TikTok, pengguna akaun Taylor Tilt @taylortillt menunjukkan ketiaknya yang berbulu dan berbangga dengannya apabila memakai baju tanpa lengan. Menggelarkan diirnya sebagai ibu dan isteri, dia bertindak mengangkat tangannya sehingga menampakkan bulu ketiak, sekali gus membangkitkan kemarahan netizen yang konservatif. Dalam satu klip video, Taylor meletakkan pisau cukur di tepi ketiaknya dan bertanya: "Adakah saya akan putus asa selepas 10 tahun tak cukur?" Dia kemudian tersenyum dan menjatuhkan pisau cukur itu ke lantai. Video yang dikongsinya meraih kira-kira 500,000 tanda 'like'. Namun pada masa sama, ia turut dihujani komen-komen dengan kata-kata kesat dan dakwaan mengenai dirinya yang pengotor. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI