suria

Tak puas hati sup panas cairkan penutup bekas, wanita jirus sup ke muka pengurus restoran

Seorang wanita menjirus sup ke muka pengurus restoran.

POLIS di Temple, Texas berkata pertuduhan terhadap seorang wanita yang menjirus sup ke muka seorang pengurus sebuah restoran di Mexico pada Ahad, 7 November masih belum selesai.

Menurut WFLA, pelanggan tersebut kembali ke restoran Sol de Jalisco untuk mengadu bahawa sup yang diambilnya panas, dan haba tersebut telah mencairkan penutup plastik.

Wanita itu memulakan pertengkaran mulut dengan pengurus terbabit sebelum menjirus sup tersebut ke muka pengurus terbabit, kata Jabatan Polis Temple.

Timbalan Ketua Allen Teston pada Selasa berkata mereka "tidak menyokong tingkah laku ini" dan menggesa pelanggan yang merasakan bahawa diri mereka menerima servis yang kurang baik "untuk kekal tenang sehingga masalah itu diselesaikan," lapor KWTX.

Wanita yang membaling sup tersebut masih belum dikenal pasti.

Dia meninggalkan premis tersebut sebelum pegawai polis tiba.

Pengurus terbabit, Jannelle Broland berkata pelanggan tersebut telah melakukan penderaan secara lisan melalui telefon sebelum masuk ke restoran terbabit.

Broland berkata dia telah menawarkan untuk membantu wanita itu, tetapi pelanggan itu tidak pernah meminta untuk digantikan semula atau bayaran balik, dan "hanya ingin mengadu."

Broland berkata sup itu tidak lagi panas apabila terkenanya, tetapi berkata rempah dalam sup itu menyebabkan matanya terbakar, dan dia kemudiannya mengalami pendarahan hidung sebanyak dua kali. Kredit: Storyful

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain