RAMAI individu di seluruh dunia sanggup melakukan pelbagai perkara yang unik dan 'gila' semata-mata mahu nama mereka terpahat dalam Guinness World Records. Mempunyai tujuan yang sama, seorang wanita baru-baru ini mencipta rekod unik iaitu menghancurkan buah epal dengan menggunakan otot lengannya (bicep) dalam tempoh satu minit. Menerusi video tersebut, Linsey Lindberg dilihat menghancurkan epal satu demi satu dengan cara mengepit buah tersebut pada otot lengannya sambil penonton bersorak. Video tersebut dimuat naik di Instagram Guinness World Records. "Menghancurkan paling banyak epal dengan 'bicep' dalam satu minit oleh Linsey Lindberg atau lebih dikenali sebagai Mama Lou," demikian kapsyen pada video tersebut. Dimuat naik dua hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 64,000 tanda suka. Walaupun ramai yang kagum dengan bakat wanita kelahiran Kansas itu, sebahagian netizen turut berjenaka mengenai 'kekuatannya'. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI