suria

Baru berusia 23 tahun, ibu muda mati dalam tidur selepas sebulan lahirkan cahaya mata

Amelia Smith, 23, meninggal dunia dalam tidur selepas sebulan melahirkan anak keduanya. Foto: Tom Mooney.

BENARLAH kata orang, ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan tuhan.

Begitulah juga kisahnya mengenai lelaki ini yang pilu berhadapan kematian pasangannya.

Menurut Tom Mooney, pasangannya Amelia Smith, 23, meninggal dunia dalam tidur selepas sebulan melahirkan anak kedua mereka.

"Saya sedar jam 6.30 pagi. Saya bawa anak-anak turun ke tingkat bawah rumah kami.

"8.45 pagi saya naik ke bilik, saya lihat dia sedang tidur lagi. Jadi saya biarkan saja sehingga beberapa jam kemudian," ujar jejaka itu.

Jelas Tom, dia dan pasanganya sempat makan bersama dan menonton filem sebelum tidur pada jam 11.30 malam, sehari sebelum kejadian berkenaan.

Wanita itu bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di kediamannya pada 14 November lalu.

"Dia tidur dengan tenang dan nyenyak. Rambut, kuku dan bulu matanya juga nampak kemas.

"Mungkin dia tahu ramai orang akan datang menziarahinya," ujar jejaka itu lagi.

Untuk rekod, wanita itu baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan di Hospital Wanita Liverpool pada Oktober lalu.

Dalam pada itu, pihak hospital berkata punca kematian masih belum dikenalpasti.

Satu tabung atas talian turut dibuka untuk membolehkan orang ramai menyalurkan derma buat lelaki itu dan anaknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain