suria

Pernah kongsi gambar selulit, influencer sedih terima kecaman warga Instagram

Kirina yang juga model dari Australia memiliki 1.2 juta pengikut di Instagram.

SEORANG influencer berkongsi kisahnya yang menjadi mangsa buli siber.

Menurut Kirina Irby, dia nyaris memadam akaun Instagram gara-gara dihujani banyak komen biadab.

Karina sebelum ini meraih perhatian ramai kerana berkongsi motivasi berkaitan badan wanita.

Malah, dia juga sanggup berkongsi gambar selulit pada tubuhnya demi menyampaikan semangat positif buat wanita di luar sana.

Dedah Kirina, ada netizen tergamak meminta agar dia membunuh diri dan lesap dari muka bumi ini.

"Ada orang suruh saya bunuh diri. Ada yang beri macam-macam gelaran kepada saya.

"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh layan macam ni. Mereka berselindung di sebalik skrin.

"Kita patut jadi lebih baik," ujarnya.

Untuk rekod, Kirina yang juga model dari Australia memiliki 1.2 juta pengikut di Instagram. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain