suria

Baru beberapa jam dibuka, permainan Star Flyer setinggi 79 meter tiba-tiba rosak

Kejadian itu berlaku beberapa jam sahaja selepas taman tema berkenaan memulakan operasi mereka.

SEKUMPULAN pengunjung taman tema cemas apabila permainan Star Flyer yang dinaiki mereka tiba-tiba rosak.

Permainan setinggi 79 meter itu merupakan tarikan terbaharu di Blackpool, England, yang baru dibuka pada Isnin lalu.

Ketika kejadian, permainan itu gagal berfungsi secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa-mangsa tergantung di udara selama lapan minit.

Permainan itu bagaimanapun berjaya dibaiki sebelum kesemua mereka dibawa turun dengan selamat.

Lebih malang, kejadian itu berlaku beberapa jam sahaja selepas taman tema berkenaan memulakan operasi mereka.

Seorang jurugambar, Philip Downie yang berada di tempat kejadian sempat membuat siaran langsung (live) Facebook ketika ia berlaku.

"Ia tiba-tiba terhenti. Saya rasa kesemua mereka masih OK. Kalau anda gayat, anda mesti tak gembira tersangkut di atas sana.

"Ini hari pertama ia dibuka. Jadi mungkin ada masalah teknikal," ujar jurugambar itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain