suria

Belajar dari kartun Robocar Poli, kanak-kanak 3 tahun dail 999 untuk selamatkan ibunya yang pengsan

Thomas menghubungi talian kecemasan apabila ibunya jatuh tidak sedarkan diri.

SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun memanjat pagar keselamatan dan menghubungi talian kecemasan selepas ibunya dilaporkan terjatuh dari tangga.

Thomas Boffey yang tinggal bersendirian dengan ibunya menghubungi talian 999 untuk memaklumkan mengenai keadaan ibunya Kayleigh Boffey, 33 yang pada ketika itu tidak sedarkan diri.

Kanak-kanak tersebut dikatakan tahu mengenai talian kecemasan itu disebabkan dia sering menonton animasi bersiri Robocar Poli - sebuah kartun yang menceritakan mengenai sebuah kereta polis, ambulance dan trak bomba di laman Youtube.

Siri animasi yang berasal dari Korea itu juga dikatakan turut mengajar kanak-kanak tentang bagaimana cara untuk bertindak diwaktu kecemasan.

Ibu kanak-kanak tersebut terpaksa mendapat rawatan di hospital untuk kecederaan di lutut, buku lali, bahu dan pinggulnya namun dia kini sudah kembali berehat dirumahnya di Rowley Regis, West Midlands.

"Saya ingat saya tutup pintu (pagar keselamatan) di tangga kemudian tiba-tiba saya sedar semula bila saya dengar ada seseorang bercakap di telefon dan polis sudah berada dalam rumah," katanya.

Kanak-kanak tersebut yang dikatakan menolak kerusi untuk membantunya memanjat pagar keselamatan yang dipasang turut berjaya membuka pintu buat anggota polis yang dihantar kerumahnya. - Yahoo News UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain