suria

Ibu bapa buat laporan, cikgu perempuan hantar video lucah kepada pelajar akhirnya ditahan

Setelah disoal, Durden mengaku atas perbuatannya itu dan terus ditahan pihak berkuasa.

SUDAH menjadi tugas setiap guru untuk mendidik para pelajar, namun ada pula yang mengambil kesempatan dan membuat onar ketika bekerja.

Di Cleveland, Amerika Syarikat, seorang guru ganti baru-baru ini ditahan atas dakwaan seksual terhadap pelajarnya.

Emily Jean Durden, 19, didakwa menghantar video lucah kepada pelajarnya yang berusia antara 13 dan 15 tahun.

Menurut laporan, ibu bapa kepada seorang murid tampil membuat pendedahan serta mengemukakan bukti perbuatan guru ganti itu pada 18 November lalu.

Ia sekaligus membongkar tindak-tanduknya selama ini yang dilakukan ke atas beberapa pelajar.

Setelah disoal, Durden mengaku atas perbuatannya itu dan terus ditahan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, Durden merupakan guru termuda yang pernah ditahan atas kesalahan itu di Cleveland. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain