TAHUN 2021 sudah mengampiri penghujungnya, namun isu 'body shaming' bagaikan tidak berkesudahan. Terbaharu, seorang pengarah pengambilan pekerja dari London tampil membuka cerita mengenai kisah beberapa individu yang gagal dalam temuduga mereka. Dedah Faye Angeletta, ada syarikat yang tergamak memberikan alasan tidak masuk akal kerana enggan menerima calon pekerja tersebut. Tambahnya lagi, ada calon pekerja yang tidak diterima hanya kerana dianggap memiliki badan terlalu gemuk. Dalam satu temubual bersama Indy100, Angeletta akui berang dan turut menyelar sikap majikan syarikat berkenaan. "Kalau anda (majikan) nak ambil pekerja berdasarkan rupa lebih baik anda buka agensi model," ujarnya. Selain alasan gemuk, Angeletta berkata, ada juga calon yang gagal temuduga kerana mempunyai nafas yang berbau bawang putih. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI