suria

Budak 3 tahun ditinggal tiga jam dalam kereta, ibu sibuk jadi penari bogel di kelab

Manouchika ditahan selepas memukul anak perempuan menggunakan pengering rambut. foto Fox News

SEORANG ibu bertindak meningggalkan anaknya berusia tiga tahun di dalam kereta bagi membolehkannya bekerja sebagai penari bogel di sebuah kelab.

Wanita itu didakwa memukul seorang anak perempuannya berusia tiga tahun menggunakan pengering rambut.

Selepas dua tahun sejak penahanannya atas dakwaan mengabaikan anak, Manouchika Daniels didakwa memukul anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.

Ibu berusia 26 tahun itu menjadi tajuk berita pada 2019 berikutan dakwaan dia meninggalkan anak perempuan berusia tiga tahun, dalam sebuah kereta selama kira-kira tiga jam.

Ketika kejadian, Manouchika dari Miami, Florida di Amerika Syarikat sedang melakukan tarian bogel di sebuah kelab.

Anak perempuannya bagaimanapun telah diselamatkan oleh polis sebaik dia keluar dari kelab.

Ia susulan seorang individu membuat panggilan kecemasan selepas mengesan seorang kanak-kanak perempuan menangis di tempat letak kereta di sebuah kelab tarian bogel. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain