suria

Curi RM2.9 juta untuk main permainan judi online yang tak beri imbuhan wang sebenar

Perri ketagih bermain permainan Heart of Vegas.

SEORANG wanita mengaku bersalah atas tuduhan penipuan selepas menggunakan kedudukannya sebagai pengurus akaun di sebuah hospital veterinar untuk mencuri kira-kira RM2.9 juta ($680,000) yang dia belanjakan sepenuhnya untuk bermain permainan perjudian mudah alih yang tidak menawarkan imbuhan wang sebenar.

ABC melaporkan Rachel Naomi Perri, dari Tasmania, Australia, hadir ke mahkamah pada hari Isnin dan dia menghadapi "25 pertuduhan penipuan berkaitan komputer dan satu pertuduhan penipuan".

Dia didakwa melakukan 475 "urus niaga penipuan" selama tiga tahun semasa dia bekerja di hospital (2016-2019) dan mencuri sejumlah RM2.9 juta (USD$680,000).

Perri didakwa mengalami ketagihan bermain permainan Heart of Vegas, iaitu sebuah portal perjudian dalam talian yang tidak menyediakan imbuhan wang sebenar.

Perri juga telah membelanjakan $30,000 menggunakakan kad kredit milik suaminya tanpa kebenaran.

Mahkamah diberitahu dia juga "membuat beberapa kad kredit dan pinjaman peribadi" untuk berjudi.

ia mengaku bersalah atas tuduhannya.

Selama tiga tahun, Perri telah berjaya melepaskan diri sehinggalah apabila dia diberhentikan pada 2019, barulah doktor haiwan itu menemui sesuatu yang luar biasa pada penyata perbankan mereka.

Dia dikatakan mengambil wang dan memasukkannya ke dalam beberapa akaun bank, kad kredit dan pinjaman peribadi atas namanya.

Dia akan dijatuhkan hukuman bulan depan. - Kotaku

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain