suria

Tidak diberi makan, dipaksa berdiri selama 16 jam sehari dan diracun dengan garam, kanak-kanak 6 tahun didakwa dibunuh ibu tiri dan bapanya

Arthur (kanak) mati disebabkan kecederaan otak.

BAPA saudara Arthur Labinjo-Hughes memberitahu mahkamah pada Sabtu bahawa ibu tiri kanak-kanak lelaki itu 'bersifat dingin dan berkira' serta dia ayahnya dikatakan menjadi 'pendorong kepada pembunuhannya'.

Kanak-kanak berusia enam tahun dari Solihull, West Midlands itu didakwa dibunuh oleh ibu tiri dan bapanya, Emma Tustin, 32 dan Thomas Hughes, 29 pada Jun tahun lalu.

Kanak-kanak itu didakwa tidak diberi makanan, dipaksa berdiri selama 14 jam sehari selama enam minggu dan diracun dengan garam.

Hughes dan Tustin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh itu.

Tustin mengaku terhadap satu pertuduhan menganiaya kanak-kanak tetapi menafikan tiga pertuduhan lain.

Hughes menafikan empat pertuduhan menganiaya kanak-kanak tersebut.

Arthur ditemui dengan 125 bahagian lebam di badannya selepas meninggal dunia akibat kecederaan otak akibat terkena "satu daya yang sangat kuat" pada 16 Jun 2020.

Tustin didakwa membunuh Arthur menggunakan 'daya yang sangat kuat' semasa dia bersendirian dengannya di rumah mereka.

Juri turut memainkan rakaman dari kamera ruang tamu dimana budak lelaki itu dilihat sedang membuat tempat tidurnya di ruang tamu.



Tangkap layar rakaman video menunjukkan Arthur menangis seorang diri sambil membuat tempat tidurnya di atas lantai di ruang tamu.

Kanak-kanak tersebut dilihat menangis sambil berkata "tidak ada siapa menyayangi saya".

Seorang saksi mendakwa Arthur 'terlalu lemah' untuk memegang segelas air ke mulutnya pada hari sebelum dia rebah.

Mereka juga berkata pakaiannya kelihatan kotor, bibirnya merekah, dia hampir tidak boleh membuka mulut untuk bercakap, rambutnya kotor, kukunya kotor dan dia kelihatan kurang zat makanan dan kurus.

Terdahulu dalam perbicaraan, seorang pakar perubatan berkata dia percaya Arthur digoncang dan dihentam dengan kekuatan yang 'sangat kuat'.

Pakar perunding neuropatologi Daniel Du Plessis berkata kemungkinan Arthur menyebabkan dirinya cedera di kepala sehingga membawa maut adalah 'tidak dapat dibayangkan'.

Perbicaraan kes ini masih belum berakhir. - Daily Mail UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain