SEORANG gadis dari Kerala, India, maut akibat terkena tembakan dalam satu kejadian di Alabama, Amerika Syarikat, pada Isnin. Mangsa yang maut dikenali sebagai Mariam Susan Mathew, 19, dan berasal dari Thiruvalla, Kerala. Menurut laporan, gadis itu sedang tidur di rumahnya apabila peluru dikatakan menembusi siling dan mengenainya. Dilaporkan, jirannya disyaki sebagai dalang insiden maut tersebut. Jabatan polis Montgomery sudahpun membuka kertas siasatan berhubung insiden terbabit. Mariam Susan Mathew didakwa terkena peluru daripada tembakan pistol seorang penghuni di tingkat atas rumahnya. Akibat tembakan tersebut, gadis berkenaan mati di tempat kejadian. Ini adalah insiden tembakan kedua yang menggegarkan Montgomery dalam tempoh hanya 7 hari, selepas seorang lelaki maut terkena tembakan pada 25 November lalu. - Indiatimes.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI