SEORANG wanita dari Kampung Badi Jhiriya di Madhya Pradesh, India menjadi sebutan ramai apabila berani melawan seekor harimau bintang tanpa apa-apa senjata demi menyelamatkan anaknya. Ketika kejadian, wanita bernama Kiran dari suku kaum Baiga itu sedang duduk mengelilingi unggun api bersama tiga anaknya di luar pondok mereka. Dalam sekelip mata, seekor harimau bintang muncul secara tiba-tiba dan melarikan seorang anak kecilnya, Rahul. Tanpa berfikir dua kali, Kiran segera menyuruh dua lagi anak lelakinya masuk ke dalam pondok, manakala dia sendiri memburu haiwan berkenaan yang melarikan anak kecilnya ke dalam hutan. Kiran hanya menggunakan sebatang kayu untuk menakut-nakutkan haiwan berkenaan. "Harimau bintang itu mungkin takut dengan keberanian Kiran dan ia meninggalkan kanak-kanak itu. "Ketika Kiran segera memeluk Rahul, haiwan itu sekali lagi menyerangnya. Bagaimanapun, Kiran nekad bergelut dan berjaya membuatkan haiwan berkenaan lari," kata pegawai itu. Kedua-dua beranak itu selamat, namun Rahul mengalami kecederaan luaran. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI