SEORANG anti vaksin dipenjara kerana meletakkan gam kuat pada kunci pintu di sebuah pusat vaksinasi Covid-19, mengakibatkan 500 orang terlepas janji temu vaksin. Hayden Brown, 53, dari Gorleston, Norfolk, England mengaku bersalah melakukan jenayah kerosakan pada Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, dia menuangkan gam kuat ke dalam lubang kunci premis, sehingga pintu tidak dapat dibuka. Brown juga mengaku membuat kacau ganggu awam dengan menghalang 504 individu daripada menerima dos penggalak Covid-19. Pertuduhan kedua pula kerana memiliki dadah Kelas B selepas sejumlah ganja ditemui di rumahnya, susulan penahanannya. Brown dihukum penjara selama tiga bulan. Terdahulu, Brown ditahan pada Selasa dan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat vaksinasi. - Mirror UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI