SEORANG individu anti vaksin cuba mengelak daripada disuntik vaksin Covid-19 dengan memakai tangan palsu. Doktor gigi warga Itali itu membeli prop berkenaan daripada Amazon dengan harapan dia boleh menipu jururawat supaya tidak memberinya vaksin. Memetik laporan Metro, bagaimanapun helahnya tidak berjaya memperdaya petugas kesihatan. Malah, Filipa Bua yang bertugas di pusat vaksinasi ketika itu segera menyedari sesuatu yang tidak kena. Bercakap kepada La Republica: "Dia mendedahkan bahagian bahunya, dan saya menyedari warna tangannya agak pelik. “Buat seketika saya fikir saya telah membuat kesilapan, kerana saya telah memintanya menggunakan lengannya yang kurang aktif. "Kemudian saya minta dia untuk (menunjukkan) satu lagi lengan dan ia adalah sama. Saya tidak mahu mempercayainya," katanya. Lelaki berkenaan yang dilaporkan media tempatan sebagai Guido Russo, 57, mahu mendapatkan pas hijau vaksin bagi membolehkannya melakukan pelbagai aktiviti, termasuk pergi bekerja. Selepas cubaan menipu gagal, Guido meminta jururawat memberi suntikan pada tangan palsunya, namun petugas kesihatan itu enggan melakukannya. Insiden tersebut dilihat sebagai penipuan dan polis menjalankan siasatan. Terdahulu, doktor gigi itu lantang bersuara secara terbuka dengan membantah pengenalan pasport vaksin. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI