suria

Seorang maut, lebih 40 melecur dalam letusan gunung berapi Semeru

Letusan Gunung Semeru dari daerah Lanjang, Indonesia pada Sabtu. foto Reuters/AP

SEORANG dilaporkan maut selepas letusan gunung berapi Semeru melanda kepulauan Jawa di Indonesia.

Timbalan ketua daerah Lumajang di kawasan berdekatan berkata, letusan di Jawa Timur itu turut mengakibatkan 41 orang melecur.

Gunung Semeru secara tiba-tiba meletus pada Sabtu, menyebabkan letusan debu panas.

Letusan itu berlaku dengan ribut petir, sekali gus menyebabkan lahar dan serpihan panas yang membentuk kepulan tebal.

Bercakap kepada TVOne, Ketua daerah Lumajang, Thoriqul Haq berkata, kejadian itu memusnahkan sekurang-kurangnya satu jambatan yang menghubungkan dua kampung di Pronojiwo dan Candipuro.

"Kepulan debu yang tebal mengakibatkan beberapa kampung berada dalam kegelapan," kata Haq.

Beliau menambah, ratusan orang segera berpindah ke pusat perlindungan sementara atau meninggalkan rumah masing-masing untuk ke kawasan lebih selamat. - The Guardian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain