suria

Korban letusan gunung berapi Semeru meningkat kepada 13 orang, 98 cedera termasuk 2 wanita hamil

Letusan gunung berapi Semeru di Indonesia pada Sabtu.

ANGKA kematian akibat letusan gunung berapi Semeru di Indonesia kini mencecah sekurang-sekurangnya 13 orang.

Selain itu, 10 orang yang terperangkap dalam kejadian itu berjaya dipindahkan untuk perlindungan.

Demikian kata agensi pengurusan bencana Indoensia (BNPB) pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut, lebih 40 melecur dalam letusan gunung berapi Semeru

Semeru, gunung tertinggi di kepulauan Jawa, meletuskan debu panas pada Sabtu dan melanda kampung-kampung berhampiran di wilayah Jawa Timur.

Letusan itu menyebabkan orang ramai panik dan mereka menyelamatkan diri.

Pegawai BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, 13 orang terbunuh susulan letusan itu.

Beliau menambah, dua daripada mangsa yang terkorban dikenal pasti.

Selain itu katanya, 98 orang cedera termasuk dua wanita hamil.

Tambah kenyataan itu, seramai 902 penduduk tempatan telah dipindahkan.

BNPB berkata, sekurang-kurangnya 35 orang dimasukkan ke hospital, manakala timbalan ketua daerah Lumajang berkata, 41 orang melecur dalam kejadian itu. - NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain