BAGI kebanyakan orang, perkahwinan merupakan komitmen sepanjang hayat. Seorang wanita, Monette Dias, 52, mengakui dirinya sangat 'ketagih' kepada idea perkahwinan. Muncul dalam sebuah rancangan TLC 'Addicted To Marriage', Monette membuka rahsia dirinya yang sudah berkahwin sebanyak 11 kali dan berharap untuk melakukannya untuk kali yang ke-12. Dalam rancangan tersebut, wanita itu menggambarkan dirinya sebagai 'gila lelaki', dan mendakwa dia sudah mula menyukai lelaki pada usia 2 tahun. "Saya cepat jatuh cinta dan apabila dikira semuanya, saya rasa saya telah dilamar 28 kali" "Saya sentiasa berkhayal tentang bagaimana perkahwinan saya, bagaimana suami saya. Dan yang pasti, saya 'jatuh cinta' dengan cinta," tambahnya. Disebabkan dirinya mempunyai ramai suami, ahli keluarganya sendiri menghadapi masalah untuk mengingati lelaki yang pernah dikahwininya. Perkahwinannya yang paling singkat hanya bertahan selama enam minggu, manakala yang paling lama bertahan sehingga 10 tahun. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI