suria

Beli iPhone ‘online’, pemuda kesal hanya terima coklat dibalut tisu tandas berbau

Dua bar coklat yang diterima Daniel. foto Twitter

SAMBUTAN Hari Krismas seorang pemuda musnah selepas sebuah telefon pintar iPhone yang ditempahnya secara dalam talian, 'bertukar' menjadi dua coklat yang dibalut dengan tisu tandas.

Susulan itu, Daniel Carroll membuat aduan kepada syarikat penghantaran DHL selepas membelanjakan £1,000 (RM5,622) untuk iPhone 13 Pro Max.

Sebaliknya, dia hanya menerima bar coklat White Oreo Cadbury.

Penghantaran bungkusan itu tertangguh selama dua minggu dan disimpan semula beberapa kali sebelum Daniel memutuskan untuk mengambilnya dari gudang terdekat di West Yorkshire, England.

Namun dia menyedari bungkusan tersebut telah dibuka ketika mahu mengambilnya.

LadBibble melaporkan bahawa dia yang berasal dari Leeds mendakwa tiada telefon di dalamnya kecuali hanya dua bar coklat dan beberapa tisu tandas yang berbau.

Seorang jurucakap DHL berkata, "Kami sedang menyiasat kes itu sebagai keutamaan dan kami telah berhubung dengan pengirim untuk memastikan gantian sampai kepada Encik Carroll." - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain