SETIAP orang mempunyai impian yang tersendiri. Begitu juga dengan lelaki Argentina ini yang mahu mengubah wajahnya persis penyanyi lagu Livin La Vida Loca, Ricky Martin. Francisco Mariano Javier Ibanez dari Buenos Aires mengakui bahawa dia ketagih untuk menjalani pembedahan plastik. Sehingga kini, dia sudah menjalani 30 prosedur kosmetik untuk mengubah wajahnya. "Pada suatu ketika, ketagihan memuncak dalam kehidupan saya. "Ketika mula buat pembedahan plastik, saya sebenarnya tahu ia tak baik untuk saya," dedahnya lagi. Menurut Ibanez, dia kini sedar mengenai keburukan pembedahan plastik dan sepatutnya mengekalkan wajah aslinya. "Kini saya sedar bahawa kita perlu jadi diri sendiri, bukan orang lain. Lama juga saya ambil masa untuk sedar," ujarnya lagi. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI