suria

Kantoi rakaman CCTV dedahkan pekerja adakan parti Krismas tanpa bos

Sekumpulan pekerja mengadakan parti Krismas tanpa menjemput majikan mereka. foto Kennedy News and Media

SEORANG pemilik bar mendapati para pekerjanya tidak menjemputnya mengadakan sambutan menjelang Krismas secara rahsia di premis miliknya.

Perkara itu disedari menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Paul Gallagher, yang memiliki bar Definitely Maybe di Bolton di England bersama abangnya, telah melihat rakaman CCTV untuk memastikan semuanya berjalan lancar semasa ketiadaannya.

Majikan itu mendapati 10 kakitangannya sedang mengadakan parti Krismas tanpanya, dengan masing-masing memakai topi Santa sambil minum.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang menyedari perkara tersebut kemudian menyiarkan gambar rakaman CCTV di Facebook.

Bercakap kepada The Sun, Paul berkata: "Saya sering memeriksa CCTV untuk pemantauan demi keselamatan semua orang.

Walaupun tidak dijemput, Paul melihat sambutan Krismas yang diadakan secara rahsia itu sebagai menghiburkan, dan tidak terasa hati. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain