suria

Barangan seperti loket, barang kemas yang dijual secara dalam talian dikesan mengandungi radioaktif

Loket ini sebelum ini didakwa mempunyai radioaktif yang merbahaya.

KEMENTERIAN Kesihatan New Zealand menasihatkan pengguna berhati-hati apabila membeli produk kesihatan alternatif dalam talian, lapor Xinhua.

Pengawal selia luar negara melaporkan terdapat barangan seperti loket, barang kemas, 'sleep masks' dan rantai tangan yang dijual secara dalam talian yang mengandungi bahan radioaktif, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis (23 Dis).

Produk itu didakwa menawarkan perlindungan terhadap sinaran dan gelombang mikro daripada telefon, komputer dan skrin televisyen serta 5G.

"Walaupun dakwaan itu belum dibuktikan, Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Belanda mendapati produk itu mengeluarkan radiasi yang mungkin berbahaya," menurut kenyataan terbabit.

Kementerian turut menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, termasuk sumber yang berasaskan fakta sains.

Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengaitkan teknologi 'wireless' boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, tambah kenyataan itu. - Xinhua

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain