suria

Kutip duit demi tabung kesihatan mental, petani sanggup berbogel untuk kalendar 2022

Antara foto yang bakal menghiasi kalendar itu. Foto: Murray Thomson-Lockstock Photography/Pen News.

SEBILANGAN petani muda di Scotland sanggup menanggalkan pakaian demi mengutip wang derma untuk tabung kesihatan mental.

Model-model tersebut bergambar tanpa seurat benang dalam sesi photoshoot bertemakan pertanian untuk dijadikan sebagai paparan kalendar 2022.

Selain kesihatan mental, usaha kebajikan itu turut memfokuskan bantuan kewangan kepada mereka yang terjejas.

Setiausaha kelab, Kristy Bar, 22, mendedahkan idea penghasilan kalendar itu sudah bermula sejak Januari lalu.

"Saya rasa ia kaedah yang menyeronokkan untuk mengumpul wang.

"Awalnya, agak sukar untuk mencari individu yang mahu terlibat, namun kami mendapat beberapa orang model.

"Mereka semua turut gementar awalnya. Tapi jurufoto membuatkan mereka rasa selesa," ujarnya lagi.

Foto untuk kalendar itu dirakam di beberapa lokasi sejak Jun sehingga Oktober lalu.

80 peratus kutipan wang akan diberikan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) RSABI manakala baki 20 peratus akan digunakan untuk program kesihatan mental bersama komuniti pedalaman. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain