SEORANG bayi baru lahir yang ditinggalkan 'diselamatkan' oleh sekumpulan anak anjing dengan berpelukan secara dekat bagi memastikan anak kecil itu tidak berasa sejuk semalaman. Bayi yang masih bertali pusat itu ditinggalkan pada waktu malam tanpa sebarang pakaian. Dilaporkan, bayi itu ditemui oleh seekor anjing liar, yang memeluknya bersama anak-anak anjingnya sepanjang malam di wilayah Chattisgarh, India. "Mungkin kehangatan daripada anak anjing dan ibu haiwan itu sendiri telah memelihara bayi yang baru lahir ini," kata seorang penduduk tempatan. "Kebiasaannya, suhu begitu sejuk pada waktu malam dan kini sudah pun bulan Disember (musim sejuk). Saya perlu kata anak ini bernasib baik," tambahnya. Ditemui bersebelahan dengan sekumpulan anak anjing, bayi baru lahir itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan. Bayi berkenaan ditemui selepas penduduk tempatan mendengar tangisannya. Mereka kemudian memaklumkan perkara itu kepada badan kerajaan tempatan yang kemudian menghubungi polis. - Mirror UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI