SEORANG wanita berkongsi pengalaman terpaksa berdepan dengan bekas kekasih dan pasangannya di dalam wad yang sama. Menerusi perkongsian tular di aplikasi TikTok, wanita itu mengimbas kembali insiden membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Bercakap di atas katil hospital, Maddy Cifelli berkata: "Bila ex anda dan isterinya berada dalam wad dan dewan bersalin yang sama." "Hospital terlalu penuh (untuk bersalin). Sekurang-kurangnya kami ada tirai," tambahnya. Wanita itu dimasukkan ke wad bersalin di hospital selepas kehamilannya berisiko tinggi. Namun kesemua pesakit perlu berkongsi bilik berikutan kesibukan di hospital, dan bekas kekasih Maddy bersama isterinya muncul sejurus selepas itu. "Kemudian mereka masuk... kami bertentang mata," katanya. "Mujur ada tirai di antara kami tetapi ia sangat janggal, seperti saya rasa saya tidak boleh bercakap. Jadi saya dan Cody benar-benar duduk di sana sambil berbisik. Menurut Maddy, dia menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih itu sewaktu belajar bersama di sekolah menengah. - Mirror UK Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI