suria

Wanita gempar 2 kanak-kanak temui mayat bayi dalam peti sejuk

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian. foto SWNS

SEORANG wanita dikejutkan dengan dua kanak-kanak menemukan mayat seorang bayi di dalam peti sejuk.

Carol Hirst, 28, mendakwa dia diminta bantuan oleh dua kanak-kanak yang menemui bayi itu di sebuah rumah di Doncaster, South Yorkshire di England.

Menurut laporan Yorkshire Live, dua wanita berusia 45 dan 17 tahun ditahan kerana disyaki membunuh dan telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Pegawai polis berada di lokasi kejadian pada kira-kira pukul 12:15 tengah hari pada 16 Disember, bersama perkhidmatan ambulans.

Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Carol, dari Rossington, mendakwa dia dipanggil untuk membantu ketika bayi itu ditemui. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain