SEORANG bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya menerima suntikan untuk dos selesema secara tidak sengaja diberikan vaksin Covid-19, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu. Menurut laporan media,seorang pakar pediatrik di Seongnam, di selatan Seoul, pada 29 September lalu tersilap memberi suntikan vaksin jenis Moderna kepada bayi berkenaan. Vaksin itu sepatutnya diberikan kepada ibu bayi terbabit. Bayi itu dirawat di hospital berhampiran selama lima hari tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan. Ibu bapa bayi itu dilaporkan telah memfailkan saman dan menuntut pampasan. - Berita media corpDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI