suria

Penumpang kapal terbang diarah keluar dari pesawat kerana menggunakan seluar dalam wanita sebagai pelitup muka.

Jenne guna seluar dalam wanita sebagai pelitup muka.

SEORANG penumpang lelaki dipaksa turun dari sebuah pesawat di Florida kerana menggunakan seluar dalam wanita sebagai pelitup.

Adam Jenne, 38 tahun, disuruh turun pesawat sebelum ia berlepas daripada lapangan terbang Fort Lauderdale.

Penumpang lain juga dilaporkan turun daripada kapal terbang terbabit bagi menunjukkan solidariti kepada Jeanne.

Sebuah video yang dirakam seorang lagi penumpang lain menunjukkan anak kapal memberitahu Jenne bahawa dia tidak akan dibenarkan menaiki pesawat itu jika dia masih berkeras menggunakan seluar dalam itu sebagai pelitup muka.

Dalam video itu, pramugari kedengaran berkata: "Anda perlu turun dari pesawat. Kami tidak akan membenarkan anda meneruskan perjalanan."

Jenne kemudiannya bertanya "Mengapa", dan kakitangan tersebut menjawab: "Anda tidak mematuhi arahan pemakaian pelitup muka."

Jenne, dari Florida, mendakwa seluar dalam itu menepati garis panduan.

Menurut laman web United Airline, pelitup muka perlulah menutup sepenuhnya mulut dan hidung - dan seluar dalam yang digunakan Jeane memenuhi arahan terbabit, dakwanya.

Dia juga mengakui bahawa dia sebelum ini telah diarahkan keluar dari penerbangan Delta Airlines kerana melakukan perkara yang sama.

Menurut kenyataan United Airlines, "penumpang itu dengan jelas tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kami amat menghargai usaha pasukan kami untuk menangani situasi sedemikian sebelum pesawat melakukan penerbangan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku gangguan di udara." - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

halau, kapal terbang, pelitup muka,

Artikel Lain