suria

Istana angin ‘terbang’, lima kanak-kanak maut terjatuh dari ketinggian 10 meter

Helikopter pasukan penyelamat turut bergegas ke lokasi kejadian. Foto: ABC News

LIMA kanak-kanak maut selepas terjatuh dari ketinggian 10 meter apabila permainan istana angin terangkat ke udara akibat ditiup angin kencang di sebuah sekolah rendah di wilayah Tasmania, Australia, pada Khamis.

Dalam kejadian tersebut, beberapa murid lain dilaporkan cedera.

Helikopter penyelamat dan ambulans bergegas ke lokasi kejadian sekitar pukul 10.00 pagi di Sekolah Rendah Hillcrest di Devonport.

Media tempatan melaporkan insiden itu berlaku ketika murid sekolah rendah berkenaan beriadah meraikan minggu terakhir persekolahan sebelum cuti Krismas.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyifatkan insiden itu sangat menyayat hati dan di luar jangkaan.

"Kanak-kanak sedang riang bermain namun kegembiraan itu bertukar kepada tragedi dahsyat untuk tahun ini," ujarnya. - BBC.Com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain