suria

Dua pasangan kembar mati dalam kebakaran

Dua pasangan kembar mati dalam kebakaran

POLIS Britain menahan seorang wanita berusia 27 tahun kerana disyaki mengabaikan kanak-kanak selepas empat kanak-kanak maut dalam kebakaran yang membabitkan sebuah rumah di selatan London, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 60 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian dan mereka berjaya membawa kanak-kanak tersebut keluar ketika api marak ke bangunan itu pada malam Khamis.

Kanak-kanak terbabit dirawat di tempat kejadian dan dibawa ke hospital sebelum mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Kanak-kanak itu - dua pasangan kembar berumur 3 dan 4 - dipercayai mempunyai pertalian darah.

"Ini adalah insiden yang menyebabkan semua orang mati rasa disebabkan rasa sedih yang mendalam,'' kata Pesuruhjaya Bomba London Andy Roe.

“Fikiran saya kini bersama keluarga dan rakan-rakan kanak-kanak terbabit, masyarakat setempat dan semua mereka yang akan terjejas disebabkan kebakaran ini.''

Roe berkata, anggota bomba ditawarkan kaunseling.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. - abcnews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kebarakan, london, abai, kanak-kanak, kembar

Artikel Lain