SEORANG lelaki maut selepas bertindak terjun dari tingkat lima sebuah bangunan kediaman di Jaipur, ketika cuba melarikan diri daripada suami kekasihnya. Menurut polis, lelaki berusia 29 tahun itu menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin. Kedua-duanya dilaporkan 'kahwin lari' dua tahun lalu dan kemudian tinggal di sebuah flat bersama anak perempuan wanita tersebut yang masih kecil. Hanya pada Ahad lalu, suami wanita tersebut berjaya mencari dan menjejaki isterinya di Jaipur. Melihat suami kekasihnya muncul secara tiba-tiba, lelaki tersebut panik dan bertindak melompat dari balkoni rumah. Dia segera dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sehari kemudian. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI