suria

Rakyat Korea Utara dilarang ketawa, beli-belah mahupun sambut hari lahir sepanjang tempoh berkabung kematian Kim Jong-il

Kim Jong-il ialah pemimpin tertinggi kedua yang memerintah Korea Utara dari 1994 hingga 2011. Foto: RFA

RAKYAT Korea Utara dilarang daripada minum minuman keras, membeli-belah atau ketawa ketika negara itu menyambut ulang tahun ke-10 kematian bekas pemimpin tertingginya, Kim Jong-il, lapor Radio Free Asia (RFA).

Kim Jong-il ialah pemimpin tertinggi kedua yang memerintah Korea Utara dari 1994 hingga 2011.

Mendiang meninggal dunia pada usia 70 tahun pada 2011 dan digantikan oleh anak, Kim Jong-un.

Tahun ini tempoh berkabung sepuluh hari telah dilanjutkan dengan satu hari tambahan untuk menandakan ulang tahun ke-10 kematian bekas pemimpin itu.

Seorang warga Korea Utara memberitahu RFA:

"Dalam tempoh berkabung, kami tidak boleh minum arak, ketawa atau melakukan aktiviti riadah.

"Orang ramai tidak boleh meraikan hari lahir mereka sendiri jika tarikhnya jatuh dalam tempoh berkabung," katanya.

Seorang lagi penduduk dari wilayah barat Hwanghae Selatan mendedahkan bahawa polis diberi amaran lebih awal untuk memantau rakyat yang kelihatan tidak bersedih.

"Mulai hari pertama bulan Disember, mereka akan mempunyai tugas khas untuk membanteras mereka yang merosakkan suasana berkabung. Ia adalah tugas khas selama sebulan untuk polis. Saya mendengar bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang tidak boleh tidur langsung," katanya lagi. - 9gag.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain