suria

Kakak sedang nazak, pekerja wanita terkejut bos tak benar ambil cuti kecemasan

Hillary Zinks ternyata kecewa dengan sikap majikannya.

SESIAPA sahaja pasti terkilan seandainya mereka tiada di sisi keluarga tercinta ketika dugaan sedang melanda.

Bagi wanita ini, dia juga sudah tentu risau saat kakaknya sakit tenat di hospital.

Menurut Hillary Zinks yang juga jurusolek dan pelayan kedai, dia terkejut apabila menerima perkhabaran mengenai keadaan kesihatan kakaknya.

Lebih mengejutkan, majikan di restoran tempat dia bekerja enggan memberi cuti untuk dia pulang ke Las Vegas demi menziarahi kakaknya.

"Saya rasa marah dan sedih sepanjang perjalanan ketika memandu," ujarnya.

Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Lebih pilu, kakaknya juga sudah meninggal dunia. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain