suria

Bertahun-tahun menyendiri, lelaki miliki hidung bentuk ‘kemaluan’ mampu tersenyum selepas jalani pembedahan

Keadaan hidung Conrado Estrada sebelum dan selepas pembedahan. foto Dr Thomas Romo

SEORANG lelaki yang banyak menghabiskan sebahagian hidupnya dengan menyendiri kerana kecacatan pada hidungnya kini dapat hidup gembira selepas melakukan pembedahan.

Conrado Estrada menghabiskan masa bertahun-tahun menghadapi masalah makan dan bernafas kerana keadaan yang jarang berlaku menyebabkan hujung hidungnya membesar kepada saiz luar biasa.

Buruh binaan dan tukang cat berusia 57 tahun itu berkata, orang ramai akan merenungnya dia dan turut menjadi tanda tanya dalam kalangan kanak-kanak.

"Mereka akan merenung saya," kata penduduk Portchester, NY itu kepada The New York Post.

"Kanak-kanak akan bertanya kepada ibu mereka apa yang telah berlaku kepada saya - dan saya akan mengatasinya dengan memakai pelitup muka sepanjang masa," katanya.

Selain berasa tidak yakin pada dirinya, keadaan hidung itu turut mengganggu percakapannya, menyebabkannya berdengkur selain menjejaskan tugasan seharian.

Namun, selepas bertemu pakar bedah plastik, Dr Thomas Romo yang merupakan pengarah pembedahan rekonstruktif plastik muka di Hospital Lenox Hill, hidupnya berubah.

Dr Romo menyifatkan bentuk hidung Estrada agak teruk dengan bentuknya kelihatan seperti kemaluan.

Punca yang menyebabkan kecacatatn itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain