suria

10 orang terkaya dunia kini bertambah kaya! Nilai kekayaan meningkat lebih RM1.67 trilion tahun 2021

Elon Musk jana keuntungan dengan AS$156 bilion (RM650.67 bilion) tahun 2021. - Sumber Getty Images for Time/TNS.

APABILA bergelar seorang jutawan nasib mungkin sering menyebelahi anda apabila masih mampu mendapat penyata bank 10 angka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dalam keadaan dunia berdepan pelbagai isu.

10 individu terkaya di dunia telah menambah AS$402 bilion (RM1.67 trilion) dalam kekayaan sedia ada mereka pada tahun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Kata orang rezeki tak salah alamat... Jom kenali 7 pengemis terkaya di dunia

Paling mendapat keuntungan besar ialah Elon Musk, yang memulakan tahun 2021 dengan untung bersih AS$156 bilion (RM650.67 bilion) dan mengakhirinya dengan dengan nilai AS$277 bilion (RM1.15 trilion), menurut Indeks Billionaires Bloomberg.

Pengasas Tesla itu berkata dia merancang untuk membayar cukai lebih dari A$11 bilion (RM45.88 bilion).

Walaupun keuntungan AS$121 bilion (RM504.69 bilion) Musk adalah lebih kecil berbanding AS$140 bilion (RM583.94 bilion) yang diperolehnya pada 2020, tetapi ia lebih daripada cukup untuk menjadikannya orang terkaya dalam jangka masa panjang.

Dia telah menghabiskan sebahagian daripada kekayaan itu untuk hobi dan minatnya terhadap roket. SpaceX, syarikat roket persendirian yang diasaskannya pada 2002, telah melancarkan lebih dari 1,600 satelit, termasuk pelancaran pada 18 Disember baru-baru ini.

Pesaing terdekat, juga rakan pembina roket, Jeff Bezos memasuki tahun 2022 dengan nilai kekayaan AS$190 bilion (RM792.49 bilion).

Lelaki berusia 57 tahun itu, yang melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Amazon pada Julai, kini menghabiskan sebahagian besar masa lapangnya bercuti dengan teman wanita Lauren Sánchez. Pasangan itu telah dilihat di atas kapal layar di St. Barts semasa Krismas.

MARK FACEBOOK

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg dengan peningkatan pendapatan hampir AS$25 bilion.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg menambah hampir AS$25 bilion (RM104.27 bilion) kepada kekayaannya tahun 2020. Pendapatan keseluruhannya dianggarkan bernilai AS$128 bilion (RM533.88 bilion), menurut Bloomberg.

Zuckerberg, yang menukar nama syarikat induk Facebook kepada Meta, mengalami tahun bergolak pada 2021 dengan pemberi maklumat Frances Haugen menuduhnya 'mementingkan keuntungan berbanding manusia' dan dia kemudian menimbulkan kemarahan penduduk di Hawaii selepas menambah 110 ekar lagi saiz ladang kontroversinya seluas 1,500 ekar di Kauai.

bill gates

Pengasas Microsoft Bill Gates jana pendapatan baharu dengan AS$139 bilion.

Pengasas Microsoft Bill Gates memulakan tahun baharu dengan AS$139 bilion (RM579.76 bilion). Dia memulakan tahun 2021 dengan nilai AS$132 bilion (RM550.57 bilion). Bekas isterinya, Melinda French Gates yang menamatkan perkahwinannya selama 27 tahun dengan Bill pada Ogos dilaporkan mempunyai nilai bersih AS$11.4 bilion (RM47.54 bilion).

Pengasas bersama Google Larry Page menambah AS$47 bilion (RM196.03 bilion) kepada AS$83 bilion (RM346.19 bilion) yang dia perolehi tahun 2021. Rakan pengasas bersama Google Sergey Brin turut menikmati keuntungan ini dengan jumlah kekayaan AS$125 bilion (RM521.37 bilion), hasil keuntungan tahun 2021 sebanyak AS$45 bilion (RM187.69 bilion).

Walaupun 2021 menjadi tahun yang baik untuk ahli perniagaan Amerika Syarikat, keuntungan diperolehi tokoh barangan mewah Perancis Bernard Arnault juga melonjak kepada AS$176 bilion (RM734.09 bilion) selepas mengaut keuntungan lebih AS$61 bilion (RM254.43bil). Dia menjadi satu-satunya jutawan di luar AS yang menduduki senarai 10 teratas Bloomberg 2021 dari segi jumlah kekayaan.

Kesemua 10 individu ini mempunyai kekayaan bernilai lebih dari AS$100 bilion (RM417.10bil). -New York Daily News/Tribune News Service

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain