PESAWAT Buddha Air, sebuah syarikat penerbangan swasta di Nepal 'tersasar' hampir lebih 250 kilometer apabila mendarat di bandar yang berbeza daripada destinasi sebenar. Ketika kejadian, pesawat itu membawa seramai 69 penumpang. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pertengahan Disember namun hanya didedahkan beberapa hari lalu. Menurut media tempatan, penerbangan Buddha Air U4505 dalam perjalanan ke Janakpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan Kathmandu. Tetapi penerbangan itu berakhir di Pokhara, 255 kilometer dari destinasi sebenar. Menurut laporan, situasi itu berlaku kerana cuaca buruk. "Cuaca buruk pada mulanya sudah menyebabkan kelewatan waktu penerbangan dan pegawai Buddha Air memutuskan untuk terbang ke Pokhara dahulu," kata seorang pegawai di syarikat penerbangan itu. Buddha Air mengakui kesilapan yang serius di pihaknya, kata laporan itu. Birendra Bahadur Basnet, Pengarah Urusan syarikat penerbangan itu, memberitahu media tempatan bahawa mereka telah membentuk jawatankuasa untuk menyiasat kejadian tersebut. - Indiatimes Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI