suria

Gempar bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah tandas pesawat

Bayi baru lahir yang ditemui dalam keadaan sihat. foto BBC

SEORANG kakitangan di sebuah lapangan terbang di in Mauritius menemui seorang bayi lelaki baru lahir yang ditinggalkan di dalam tong sampah di tandas pesawat.

Seorang wanita berusia 20 tahun dari Madagascar disyaki bersalin dalam penerbangan ditahan.

Pesawat Air Mauritius yang tiba dari Madagascar, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam pada 1 Januari.

Pegawai lapangan terbang menemui bayi itu ketika melakukan emeriksaan rutin kastam dalam pesawat Air Mauritius.

Wanita itu pada mulanya menafikan bayi tersebut adalah anaknya.

Namun, hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan wanita berkenaan baru melahirkan anak.

Petugas lapangan terbang bergegas membawa bayi tersebut ke hospital awam untuk mendapatkan rawatan.

Bayi tersebut kemudian dilaporkan dalam keadaan sihat.

Sementara itu, wanita berkenaan diletakkan di bawah pengawasan polis di hospital dan juga dilaporkan dalam keadaan sihat.

Suspek yang tiba di Mauritius dengan permit kerja dua tahun, akan disoal siasat selepas keluar dari hospital, atas dakwaan meninggalkan bayi yang baru lahir. - BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain