PRESIDEN Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov mahu kawah berapi yang dikenali sebagai mouth of hell di negara itu agar ditutup segera. Jelasnya, fenomena itu memberi kesan kepada alam sekitar gara-gara pembakaran yang berterusan sejak 50 tahun lalu. Arahan itu dikeluarkan kepada menterinya agar mereka mencari pakar-pakar yang ada dalam usaha memadamkan pembakaran tersebut. Kejadian kawah berapi itu sudah berlanjutan sejak tahun 1971. Memiliki keluasan 70 meter lebar, api kekal itu boleh dilihat panas membakar dari jarak jauh. Selain dikenali sebagai mulut neraka, ia turut diberi jolokan sebagai pagar neraka. Ia terletak di gurun Karakum, 257 kilometer (km) dari ibu kota Ashgabat. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI