suria

Goda budak umur 8 tahun untuk seks, wanita ini diburu polis

Pihak berkuasa turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu wanita berkenaan. Foto: BTP/ SWNS.

POLIS kini sedang memburu seorang wanita yang cuba memperdaya seorang kanak-kanak lelaki untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, wanita itu mendekati mangsa yang berusia 8 tahun ketika berada stesen kereta api Waterloo, London, pada 22 Disember lalu.

Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut terdengar apa yang diucapkan wanita berkenaan sebelum menegur tindakannya.

Wanita yang memakai jaket kuning itu kemudiannya berlalu pergi selepas ditegur oleh ibu kanak-kanak berkenaan.

Pihak berkuasa turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu wanita berkenaan.

"Pegawai kami sedang menyiasat tindakan seorang wanita yang membuat komen lucah terhadap seorang kanak-kanak.

"Ketika jam 8 malam pada 22 Disember 2021, dia mendekati kanak-kanak itu yang sedang duduk di bangku dengan keluarganya.

"Wanita itu kemudiannya cuba memperdaya mangsa untuk melarikan dia daripada keluarganya dan turut berkata-kata lucah terhadapnya.

"Ibu mangsa terdengar perbualan itu dan terus berhadapan dengan suspek sebelum dia berlalu pergi," jelas jurucakap Polis Pengangkutan British.

Tambah jurucakap itu, sesiapa yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain