suria

Awas! Strain baharu Covid-19 Deltacron dikesan... kombinasi varian Omicron, Delta

Penduduk menjalani ujian kendiri Covid-19. foto Bloomberg

SATU strain baharu Covid-19 dikesan, dilaporkan kombinasi varian Delta dan Omicron.

Menurut laporan Bloomberg, para saintis di Cyprus mendakwa menemui strain baharu yang digelar sebagai Deltacron, berikutan pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta.

Bercakap kepada Sigma TV, profesor sains biologi di Universiti Cyprus dan ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul, Leondios Kostrikis berkata: "Pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan kami mendapati strain ini merupakan kombinasi kedua-duanya."

Profesor Kostrikis dan pasukannya mengenal pasti 25 kes seumpamanya dan analisis statistik menunjukkan kekerapan relatif jangkitan gabungan adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19, berbanding mereka tidak dimasukkan ke hospital.

Himpunan 25 kes Deltacron dihantar ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) pada Jumaat, pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus.

"Kita akan lihat pada masa akan datang jika strain ini lebih patologi atau lebih menular atau jika ia akan berlaku," tambah Profesor Kostrikis.

Beliau bagaimanapun percaya strain tersebut akan menggantikan varian Omicron yang sangat menular.

Para saintis juga melaporkan dua gejala baharu yang tidak dijangka telah dialami oleh pesakit yang disahkan positif Covid-19 varian Omicron, baru-baru ini. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain