suria

Lelaki hidup dengan jantung babi pernah disabit kesalahan, tikam mangsa hingga lumpuh

David Bennett (kanan) menjalani pemindahan jantung babi. foto University Of Maryland School Of Medicine

SEORANG lelaki yang menjadi manusia pertama hidup menerusi pemindahan jantung babi, pernah menikam seorang lelaki tujuh kali sehingga menyebabkan mangsa lumpuh.

Perkara itu didedahkan oleh keluarga mangsa.

Bercakap kepada rancangan Radio 4's Today, kakak mangsa berkata, David Bennett, 57, disabitkan atas kesalahan menikam adiknya, Edward Shumaker pada 1988.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas kini hidup dengan jantung babi walau pada awalnya bimbang mati di katil bedah

Leslie Shumaker Downey berkata, adiknya meninggal dunia pada 2007 selepas hampir dua dekad mengalami komplikasi perubatan yang dikaitkan dengan serangan itu.

Dia mendakwa Bennett tidak layak menjadi penerima menerusi pembedahan perintis tersebut.

Bagaimanapun, pasukan yang menjalankan pembedahan itu menjelaskan bahawa rekod jenayah seseorang bukan faktor untuk menolak rawatan mereka.

Menurut Downey, s​​erangan itu berlaku pada April 1988 apabila isteri Bennett duduk di pangkuan Shumaker, yang berusia 22 tahun, kata Downey.

david bennett 2

Pembedahan dilakukan di Baltimore. foto University Of Maryland School Of Medicine

Downey berkata, serangan berlaku pada April 1988 apabila isteri Bennett duduk di pangkuan Shumaker, yang ketika itu berusia 22 tahun.

Berang kerana cemburu, Bennett bertindak menikam belakang Shumaker berulang kali.

Bennett didapati bersalah atas perbuatan itu termasuk kesalahan menggunakan senjata, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Downey berkata, tiada pihak menghubunginya mengenai Bennett menerima jantung babi, dan hanya mendengar berita itu menerusi mesej yang dihantar anak perempuannya.

Bennett semakin pulih selepas pembedahan eksperimen selama tujuh jam di Baltimore.

Pemindahan tersebut dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa Bennett, walaupun masih belum jelas apakah peluang jangka panjangnya untuk terus hidup.

Namun kata Downey, dia tidak percaya Bennett layak menerima jantung itu. - BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain