suria

Selepas Tonga, Jepun pula dilanda tsunami

Letusan gunung berapi dasar laut di Tonga, mencetuskan amaran tsunami untuk beberapa negara di kepulauan Pasifik Selatan. foto Reuters

PANTAI pasifik Jepun dilanda tsunami, pada lewat Sabtu susulan letusan gunung berapi dasar laut di kepulauan Tonga.

Ombak tsunami setinggi 90 setinggi dilaporkan berlaku di Chichi-jima di kepulauan Ogasawara pada pukul 10.52 malam waktu tempatan. dan mencapai 1.2 meter di Kepulauan Amami pada pukul 11.55 malam Sabtu.

Sementara itu, ombak setinggi 90 sentimeter dilihat di wilayah Wakayama di barat Jepun pada 12.31 pagi Ahad dan ombak setinggi 1.1 meter dilaporkan di wilayah Iwate pada 2.26 pagi Ahad.

Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk pulau-pulau di selatan Jepun pada Ahad.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun pada 12.15 pagi Ahad waktu tempatan, ​​ombak setinggi 3 meter mungkin melanda Kepulauan Amami dan Kepulauan Tokara.

Amaran tsunami telah dikeluarkan untuk satu kawasan yang luas di sepanjang pantai timur Jepun dari Hokkaido ke Okinawa.

Terdahulu, tsunami melanda Tonga pada Sabtu susulan letusan gunung berapi kuat dekat kawasan itu. - Nikkei Asia

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain