suria

Lelaki menderita 3 hari gara-gara telinga ‘dihuni’ lipas

Lelaki itu terkejut mendapati seekor lipas 'menghuni' telinga kirinya. Gambar hiasan

SEORANG lelaki di New Zealand terkejut selepas diberitahu oleh doktor bahawa telinga kirinya 'dihuni' oleh seekor lipas.

Zane Wedding, 40, menyangka telinga kirinya tersumbat selepas dia berenang pada pagi Jumaat.

Pada petang hari yang sama, dia tertidur di atas sofa dan bangun dengan merasakan telinga kirinya seperti tersumbat.

Bukan itu sahaja, dia juga merasakan 'pergerakan' di dalam telinganya dan memutuskan untuk bertemu doktor.

Selepas pergi ke klinik pada 8 Januari, dia diberi antibiotik dan diberitahu untuk mencuba menggunakan pengering rambut pada telinganya namun kaedah tersebut tidak berhasil.

Selepas dua malam tidak dapat tidur nyenyak, Wedding memutuskan untuk pergi bertemu doktor pakar.

"Dalam masa satu saat melihat ke dalam telinga saya, dia mengenal pasti ada serangga di dalamnya," katanya.

Doktor kemudiannya menarik seekor lipas yang sudahpun mati dari telinga lelaki itu. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain