suria

Lahir dengan 4 kaki, 4 tangan... bayi ajaib jadi perhatian masyarakat

Kelahiran bayi itu meraih perhatian masyarakat setempat di India. Foto: Jam Press Vid/Newslions.

BAGAIKAN satu dalam sejuta.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kelahiran seorang bayi di timur India pada Isnin lalu.

Dilahirkan di Hospital Sadar, bayi yang tidak didedahkan jantinaya itu memiliki empat tangan dan empat kaki.

Video memaparkan bayi itu turut tersebar dalam kalangan masyarakat sehingga dia menjadi bualan ramai.

Malah, bayi itu kini sudah dianggap seperti selebriti tempatan.

Menurut doktor, keadaan pada bayi itu berlaku kerana komplikasi ketika kandungan.

Namun, ada sebilangan masyarakat mengaitkan ia dengan elemen ketuhanan.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Uttar Pradesh turut menjadi perhatian kerana memiliki dua hidang. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain