suria

Pelitup muka dicipta guna sel burung unta, akan menyala jika pemakai dijangkiti Covid-19

Yasuhiro Tsukamoto merupakan saintis dari Universiti Prefektur di Tokyo, Jepun.

SAINTIS dari Universiti Kyoto, Jepun telah mencipta pelitup muka yang menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan virus Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh dipakai ikut fesyen baju, 3 jenis topeng muka ini mampu cegah varian Omicron

ARTIKEL BERKAITAN: Pelitup muka punya hal, ramai tak percaya pemuda ini rakam video di Port Dickson tanpa dron... semua 3 visual nampak lain – “Paling nervous kalau masuk air”

Penemuan oleh Yasuhiro Tsukamoto dan pasukannya bermula dengan penciptaan penapis pelitup muka yang disalut dengan antibodi haiwan tersebut.

Berdasarkan penyelidikan terdahulu, ia menunjukkan bahawa urung mempunyai daya tahan yang kuat terhadap penyakit dengan meneutralkan bahan asing dalam badan.

Dalam kajian tersebut, subjek ujian memakai pelitup muka selama lapan jam, kemudian penapis dikeluarkan dan disembur dengan bahan kimia yang bersinar di bawah cahaya ultraviolet jika virus itu dikesan.

Jika penapis yang dipakai oleh individu yang dijangkiti Covid-19, ia akan bersinar di sekitar kawasan hidung dan mulut.

Menurut pasukan itu, mereka berharap untuk menambah baik lagi pelitup muka tersebut supaya ia akan bersinar secara automatik tanpa pencahayaan khas, jika virus itu dikesan.

Tsukamoto, telah mengkaji burung unta selama bertahun-tahun untuk menyesuaikan imuniti mereka bagi melawan selesema burung, alahan dan penyakit lain.

Saintis ini memberitahu agensi berita Kyodo bahawa dia mendapati dirinya positif untuk Covid-19 selepas dia memakai salah satu topeng khas dan mendapati ia bersinar apabila diperiksa.

Jangkitan terhadap virus tersebut telah disahkan selepas ujian standard dilakukan.- Dezeen

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain