suria

Sekali lagi tular... pramugari berdiri di mercu Burj Khalifa, kali ini ‘ditemani’ pesawat Emirates A380!

Nicole Smith-Ludvik berdiri di mercu Burj Khalifa sambil memegang plakad untuk mempromosikan Ekspo Dubai.

MASIHKAH anda ingat dengan video viral syarikat penerbangan UAE, Emirates Airlines yang memaparkan seorang pramugari berdiri di atas mercu (pinnacle) Burj Khalifa tahun lalu?

Nah, pramugari berkenaan kembali sekali lagi namun kali ini dia tidak bersendirian, sebaliknya 'ditemani' pesawat Emirates A380!

Iklan baharu yang dikeluarkan oleh Emirates menampilkan Nicole Smith-Ludvik, seorang penerjun payung terjun (skydiver) dan personaliti media sosial yang mengenakan seragam pramugari syarikat penerbangan itu, berdiri di mercu Burj Khalifa sambil memegang plakad untuk mempromosikan Ekspo Dubai.

Video berdurasi satu minit itu menjadi tular selepas Emirates menyiarkan dalam media sosialnya, dengan rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan iklan berkenaan.

Untuk rekod, pada tahun lalu, Nicole yang mengenakan pakaian seragam pramugari Emirates Airlines berdiri atas puncak menara Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter selepas UAE dimasukkan dalam senarai hijau United Kingdom (UK) pada Ogos 2021. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI