suria

Jurutera menetap di New Jersey gagalkan cubaan perompak pecah masuk rumah di India... terima kasih CCTV!

Pasukan polis berjaya memberkas perompak yang cuba memecah masuk kediaman jurutera berkenaan. Gambar hiasan

SEBUAH keluarga India yang kini menetap di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan perompak yang mahu memecah masuk rumah mereka di Kanpur, India.

Insiden itu berlaku lewat malam Isnin lalu, apabila Vijay Awasthi, 38, tahun, seorang jurutera perisian di New Jersey, menerima isyarat amaran melalui telefon bimbitnya.

Isyarat itu adalah daripada kamera litar tertutup (CCTV) dan sensor yang dipasang di kediaman tersebut.

Semasa menonton rakaman langsung memaparkan penjenayah cuba memecah masuk ke dalam kediamannya, lelaki itu segera memaklumkan kepada pihak polis.

Pada mulanya Vijay menggunakan pilihan mikrofon untuk memberi amaran kepada perompak tersebut namun tidak diendahkan. Sebaliknya, mereka memecahkan kamera CCTV.

Tindakan pantas Vijay akhirnya menyaksikan pasukan polis berjaya tiba ke kediamannya dan segera memberkas perompak berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain